Jumaat, 25 Jun 2010

~kehilangan yg terlalu bermakna~

realiti yg membuat aku buntu memikirkan masa depan
sesungguhnya tiada siapa dapat menghalang takdir yg telah ditentukanNYA
hilangnya insan yg kita sayangi bukan kerana pinta hati
tetapi kerana Tuhan lebih menyayangi mereka
perginya mereka tak kembali
hari mereka sudah pasti
kita yg hidup syik menghitung hari
kita yg hidup asyik menghitung cukupkah bekalan nanti
doaku buat kalian kita bertemu dititian siaratul mustakim
doaku kita bertemu di alam akhirat
kita berpisah didunia
jika rezeki menyebelahi InsyaALLAH kita akan bersatu kembali
Tuhan itu maha mengetahui
Tuhan itu menyayangi
Tuhan itu pemurah lagi mengasihani
ampunilah dosa2 mereka YA ALLAH
terangilah rumah mereka
jauhkan mereka dari azab kubur dan azab api nerakaMU YA ALLAH
sampaikan salam rinduku padanya
sampaikan salam rinduku pada ayahku
sampaikan salam rinduku pada adikku
hanya doa yg bisa menghubungkan kami sekeluarga
KAU ambil kekasih hatiku
KAU tinggalkan permata yg terlalu bernilai untuk ku
aku hanya mampu bersyukur pada limpahan kurniaMU YA ALLAH
sesungguhnya aku terlalu leka dengan kealpaan mencari kasih sayang orang
hinggakan aku buta melihat pada insan yg sentiasa menyayangiku
sesungguhnya aku bersyukur padamu Tuhan
maafkan diri ini MAK
anakmu ini sebenarnya terlalu banyak kehilangan
ampuni dosa2 anakmu
:-((

0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Catat Ulasan