Rabu, 21 Julai 2010

::penutupan institut kemahiran yayas..... sel.....::

salam.......

hati aku berkobar2 nak mencoret sedikit coretan hati yg berbau kekecewaan yg sgt mendalam....
bukan untuk memihak pada mana2 pihak, bukan untuk menghunus kata pada mana2 hukum politik, bukan untuk menjengkelkan rasa tidak puas hati pada pihak yg termakan cili merah jingga, tapi aku menjerit di blog atas dasar sebagai seorang pelajar atau mahasiswi yg tidak lama lagi bakal melangkah ke alam baru. menjadi seorang yg graduated from local university menjadikan aku ibarat pucuk2 hijau yg mengharapkan cahaya matahari dan udara yg segar dari bumi yg penuh dengan warna warni kehidupan... itulah dunia...

tapi inikah dunia yg perlu mahasiswa dan mahasiswi hadapi??? apa yg sedang berlaku dibalik tirai propaganda pihak ini sehinggakan mereka dengan tanpa rasa belas kasihan menutup Institut tersebut??? tidakkah mereka sedar apa yg dilakukan oleh bangsa mereka sendiri??? atas dasar apakah yg dipegang hingga mereka alpa pada anak bangsa itu??? hmmmmm sounds complicated kn???

bayangkan apakah perasaan pelajar yg berada di tahun akhir dan hanya tinggal selangkah sahaja  lagi bagi mereka menamatkan pengajian???? ini bukan zalim, tapi ini sgt zalim!!!! aku juga pelajar seperti mereka, aku juga sebangsa dengan mereka, aku juga berpijak pada tanah tumpah darah yg sama dgn mereka... tapi inikah cara untuk memajukan lagi anak bangsa???? ya, daun itu dtg dri dahan dan dahan itu dtg dri pokok serta akar yg kuat... tapi fikirlah, dimanakah letaknya asas akar pokok itu jika baja yg disirami itu telah diracuni oleh anasir2 yg mahu menumbangkan anak pokok itu sendiri???

dimanakah silapnya??? kemahiran dan pengurusan adalah dua benda yg berbeza,,, kemahiran lebih kepada praktikal dan pengurusan lebih kepada teori.... tapi, bagaimanakah pelajar2 itu semua dpt membiasakan diri didlm institut lain yg berteraskan pengurusan??? walhal sudah bertahun mereka dipraktikkan dgn kemahiran yg pada asanya mahu membantu mereka yg kurang berkemampuan dan mahu membantu anak bangsa dgn kemahiran2 yg boleh diguna pakai...

maaf jika kata2 aku amat perit hingga meleleh air mata darah membacanya, tapi fikirkanlah.... inikah caranya memenangi hati2 pelajar???? anda sudah kalah di situ,,,, kerana ianya langsung tidak membantu pihak anda,,,, aku terharu sgt sebab aku tengok yg membuat bantahan adalah kaum aku sendiri, bangsa aku sendiri, dan yg lebih menyedihkan mereka2 itu mungkin suatu hari nanti adalah seorang usahawan yg berjaya, mereka mungkin seorang kontraktor yg mengambil tender jutaan ringgit, dollar, mungkin juga mereka itu nanti seorang menteri yg bakal menggegarkan legasi ini... tidak kah anda berasa rugi??? hmmmmm RUGI sgt....

haihhhhhhhhhhh!!!!!!! rasa marah sgt, rasa geram sgt.... tapi aku bukan dato, aku bukan tan sri untuk membida jualan cerita yg diolah oleh mereka2 itu... aku hanyalah seorang pelajar yg memandang dri sudut tingginya ilmu itu adalah untuk dikongsi bersama, tingginya ilmu itu jika diguna dgn sebaiknya, tingginya ilmu itu jika tidak disia sia.... jadi ambil teladan dri kisah ini.... aku tidak berniat apa2... cuma aku rasa melekit, aku rasa berlengas dgn kanji2 kehidupan yg pekat dan likat ini.... aku hanya mampu mengukir kata, tapi aku rasa ianya juga cukup untuk menyokong legasi pelajar 1Malaysia....  maaf lagi skali.... aku masih tetap membantah..................

salam sayang
::AMNA LUNA

1 comments:

Unknown berkata...

Salam.
Setuju dengan tulisan sdri. Mengapa ini terjadi ? Mesti ke diperlakukan demikian ? Tidak ada jalan lain ke ? Sedih dengan segala macam kekalutan yang berlaku sekarang ini !

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Catat Ulasan