Sabtu, 18 September 2010

::SAYANGI IBU BAPA SEMENTARA MEREKA MASIH ADA::

salam,

hello kawan2... hmmm hari ni SC terpanggil untuk bermukadimah sikit perihal sikap anak2 zaman skang!!! termasuklah SC sekali,,,, ngehehehhe hmmm camner nak start ceritera ni yer...

kawan2, korang semua masih ade ibu dan ayah???? masih sihat ker mereka??? masih berupaya mencari rezeki untuk korang semua tak??? SC anak yatim... ayah dah meninggal dua tahun lalu, adik pun same dah pergi buat selama2nya... sekarang ni SC tinggal ngan mak jer berdua.... ape yg merunsingkan fikiran SC sekarang nih mampu atau tidak SC untuk menjaga mak SC... yer, mak SC alhamdulillah masih sihat, boleh mencari rezeki dan yg penting masih bisa menyayangi SC... SC sentiasa mendoakan kesihatan mak, kebahagiaan mak di dunia dan akhirat... kawan2 pun doakanlah semoga SC mampu untuk menjaga mak SC sampai hujung nyawa... amin.

cuma apa yg SC nak cerita ni bukan untuk mengaibkan sape2, bukan untuk mengata sape2, bukan untuk memfitnah sape2... SC bercerita untuk pedoman dan ambil ini sebagai ikhtibar kita bersama... SC bersyukur sbb diberikan kesempatan untuk berhadapan dengan semua ceritera manusia yg pelbagai, dan tanggungjawab SC skang ialah untuk berkongsi cerita ini disamping memberi 1001 pengajaran buat anak2 yg masih belum mengenal erti SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU.... mari sama kita hayati dan renungkan betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapa semasa membesarkan kita,,,, tapi kali ni SC akan cerita jasa seorang ibu la yer, sebabnyer yg berlaku didepan mata adalah kisah kehidupan seorang ibu tua yg kini uzur....

pernah dengar tak ''seorang ibu mampu membesarkan 10orang anaknya, sedangkan seorang anak belum pasti akan dpt menjaga ibunya dihari tua kelak""... sedih kan?? tapi itulah kebenaranya sekarang, terlalu ramai anak2 yg membiarkan ibu mereka terlantar dan dijaga oleh pembantu rumah!!!!! kenapa masih ade anak2 yg bersikap begini??? yg berlaku didepan mata SC sendiri membuatkan SC sebak, terharu dan memberi 1000 pengertian bahawa ALLAH itu menguji kita tanpa batasan ilmu dan akhlak.

apa yg berlaku,,,?? begini, si ibu mempunyai 7orang anak, 2 perempuan 5 lelaki... si ibu dikatakan sangat berjaya didlm mendidik anak2nya sehinggakan anak2nya menjadi doktor, jurutera, accountant yg berjaya dan yg penting berkemampuan didlm kehidupan mereka. kini si ibu sudah tua dimamah usia, si ibu sudah uzur dikikis penyakit.... si ibu kini terlantar menanggung penyakit yg pelbagai rencahnya.....

apa yg membuatkan SC tertanya2 mengapakah si ibu yg uzur ditinggalkan bersama pembantu rumah, dan si anak leka beraya entah kemana??? wahhhh berlagaknya sehinggakan untuk menukar pampers ibunya pun dilakukan oleh pembantu rumah!!! sekaya mana pun anda, setinggi mana pun ilmu dijulang, sekuat mana pun akhlak dipegang jangan sekali2 memperlakukan ibu anda sebegitu!!! buat apa meniti menara gading jika bodoh didalam menggalas tanggungjawab sebagai anak???? untuk apa jawatan besar dijinjing jika tanggungjawab dibahu dilepaskan 100% kepada pembantu rumah??? apa tanggungjawab anda sebagai anak??? layakkah anda digelar anak???

SC sgt2 tersentuh hati melihatkan keadaan si ibu yg menanti hari dipanggil pulang kepangkuan Tuhan.... tidak sedihkah anaknya??? tidak terharukah anaknya melihatkan keuzuran ibunya??? kenapa dulu si ibu bisa membesarkan anak2nya sehinggakan semuanya boleh dikatakan berjaya!!! kenapa tidak difikirkan itu??? alasanya, mereka sudah berkeluarga dan mereka perlukan masa untuk bersama keluarga... jadi si ibu itu siapa???? bukan salah seorang dari keluarga dia ker??? bukan ker???? jadi si ibu itu siapa???? tidak salah jika dibawa bersama si ibu beraya walaupun keadaanya sudah uzur, dan juga tidak salah pula kalau si anak2 menagguhkan trip beraya kerumah saudara mara kerana si ibu itu terlalu uzur... apa ni semua??? kenapa si cerdik pandai tidak tahu menilai erti tanggungjawab seorang anak???? semua si anak adalah mereka yg sgt bijaksana, tetapi bodoh di dlm mencari erti syurga yg sebenar2nya....

insaflah wahai anak2, insaflah... ingat kembali saat ibu bapa anda bersusah payah didalam membesarkan dan mendidik anda,,,, jangan biar orang kata ANDA ANAK YG BIJAK TAPI BODOH... faham maksud SC??? ingat derhaka pada ibu maknanya kita tak akan walau sekali mencium bau syurga.... YaALLAH KAU tunjukkanlah jalan yg lurus dan benar kepada anak2 ini, celikkanlah mata mereka, terangilah hati mereka... sesungguhnya si ibu kini mengharapkan kasih sayang yg terakhir dri anak2nya... si ibu cuba membina keluarga dri saat mulanya akad sehingga si ibu kini menanti saat2 malaikat maut memanggilnya... sayang sekali, keluarga yg cuba dibina oleh si ibu hancur dimusnahkan oleh sikap anak2nya yg terlalu mementingkan diri, ego dan tidak berhati perut!!!! untuk kali ini SC mengharapkan supaya anak2nya kembali lah kepangkuan ibunya, tidak salah jika si anak yg mencuci berak ibunya, tidak salah jika si anak yg memandikan ibunya, tidak salah jika si anak yg menjaga ibunya siang dan malam tanpa jemu,,, jangan sesekali membiarkan si ibu dibantu oleh pembantu rumah,,,,, tolong, im begging!!!! please!!!!! sayangilah ibu bapa anda... please!!!!!! SC merayu!!!!

kawan2, jadikan ini pedoman untuk kita bersama... yg baik kita jadikan panduan dan teladan, yg buruk kita sama2 buangkan..... niat SC baik, ingin menasihati sesama insan.... SC sayang sangat pada mak SC... kalau diberi peluang SC nak mak hidup 1000 tahun lagi menemani SC.... hmmmmm dunia tetap dunia, tpi akhirat jgn lupa.... ALLAH sentiasa memerhatikan kite tanpa letih dan jemu... semua amalan kite dicatit dikiri dan kanan kite... jadinya kite sendiri menilai kehidupan kite...

1 comments:

Unknown berkata...

SALAM,
SANGAT2 SETUJU DENGAN N3 INI. IA SUATU REALITI YANG SERING BERLAKU DEWASA INI. KITA DOAKAN MEREKA SEDAR AKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA. AMIN !

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Catat Ulasan