Jumaat, 23 September 2011

cinta kasih syg rindu telah lama pergi

SY RINDUKAN AYAH, MAK DAN ADIK SY......
walau dilimpahkan dengan kebahagiaan yg bakal mendatang
tapi dasar hakikatnya sy telah kehilangan setitik pati kebahagiaan yg tidak mungkin sy miliki
kebahagiaan sy telah lama pergi
kasih sayang sy telah lama hilang
rindu sy telah lama pudar
cinta sy telah dibawa entah kemana
kini baru sy sedar sy memang sendiri
kerana cinta kasih rindu dan sayang sy hanya untuk ayah ibu dan adik sy
pergilah wahai cinta
pergilah wahai sayang
pergilah wahai kasih
semoga abadi sisimu disisi yg Maha Agung lagi Maha Penyayang
tidurlah dengan aman dan tenang 
sesungguhnya anakmu ini
sentiasa mendoakan agar kita disatukan di syurga nanti amin...........

alfatihah

Jumaat, 18 Mac 2011

Selamat Tinggal


Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok
Dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Walau ku pergi sayangku
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu sentiasa di hati ini

Walau ku pergi sayangku
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
(aku menyintai dirimu sayang, jangan biarkan aku sendiri disini sayang)

Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Jumaat, 11 Mac 2011

::Musollah baru di rumah Pak Andak::

Assalamualaikum,
kawan2 dibawah ini ada sy uploadkan beberapa keping gambar ketika berada di rumah Pak Andak sy
family sy NYAWA sy


pak andak saya :)
makan time :)

ini bukan rancangan masak memasak yer :)

bacaan yaasin dari kami sekeluarga untuk kekasih hati kami yg telah dulu menyahut seruan ILAHI, alfatihah.
Bapa dan Tokoh kami :)

mak jang dan Hana :)
p/s: Hana, jaga diri baik2 ye kat Mesir nanti. we all love u :)

Jumaat, 4 Mac 2011

::perlukan photographer???::

perlukan photographer??
hubungi saya Zatil Husna 0132623203

Rabu, 2 Mac 2011

::Perlukan Khidmat Photographer??::

sila klik di link ini >>>> LEBAH ARMY

Isnin, 7 Februari 2011

::pisang goreng::


pisang goreng hasil air tangan saya :)
resepinya: tepung beras, tepung jagung, tepung rangup, sebiji telur, gula dan garam
cubalah yer, kompem rangup :)


ok  mula2 pandang2 jeling2...... (dlm hati mak: asyik amek gambo jer zatil ni bila boleh makan ni)

dah2, mak nak terkam pisang goreng sodap nih :)

hahahaha itulah aktiviti mingguan bersama family
sy ditugaskan menjadi bibik jadian kat umah
jadi tukang masak untuk mak
jadi driver mak
jadi cikgu skolah kat kazen2
heheheh ok lah xde apa nak cerita dah
tunggu post akan dtg yer

jumpe lagi
salam


::tempat paling mengerikan, menyeramkan dan menakutkan::

Tahukah anda di mana tempat yang paling menakutkan, paling mengerikan dan bakal membaham jutaan manusia ? Jika kita tidak sentiasa berhati-hati, maka kita juga tidak akan terkecuali daripada menjadi mangsanya. Kita semua tahu tempat itu, tetapi tidak ramai yang berjaga-jaga dan bersedia untuk mengelaknya. Masih ramai yang ambil mudah, buat endah tak endah dan ada juga yang bercakap besar serta mempersendakannya.

Tempat itu adalah Neraka ! Dan tidak ada tempat lain yang lebih menakutkan daripadanya. Jika hendak dibandingkan Kematian, Azab semasa Sakaratul Maut, Siksa Kubur, Bencana Kiamat, Hisab di Padang Mahsyar, Meniti Titian Sirot dll, yang mana semua ini sudah amat dahsyat dan tidak akan terbayang oleh akal manusia untuk cuba memikirkannya. Maka lebih dahsyat lagi Neraka dan siksaan-siksaan yang bakal dihadapi di sana.

Sedikit Maklumat Tentang Neraka


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata : Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dan dalam keadaan berubah mukanya, Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: Mengapa aku melihat kau berubah muka ?

Jawabnya : Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya...

Lalu nabi s.a.w. bersabda : Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam

Jawabnya : Ya, ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat disiksa, nescaya akan terbakar juga orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

Nabi s.a.w. bertanya : Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami ?

Jawabnya : Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda
( nota - bermakna bahagian yang lebih bawah adalah lebih panas )

Tanya Rasulullah s.a.w. : Siapakah penduduk masing-masing pintu ?

Jawab Jibrail : Pintu yang terbawah untuk Orang-Orang Munafik, dan orang-orang yang Kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat Orang-Orang Musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat Orang-Orang Shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari Kaum Majusi bernama Ladha .Pintu kelima Orang-Orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat Orang-Orang Nasara bernama Sa'eir

Kemudian Jibrail diam, segan pada Rasulullah s.a.w.

Sehingga ditanya : Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh ?

Jawabnya : Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat
Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar,

Nabi s.a.w bersabda : 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam Neraka ?

Jawabnya : Ya, iaitu orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang, Baginda selalu menangis dan berdoa kepada Allah.

( dipetik dari Kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai' )



Dari Hadith Qudsi : Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat? sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..
Neraka yg sebenar adalah jauh lebih menyeramkan drp yg dibayangkan oleh manusia


Tahukah kamu bahawa Neraka Jahanam Ku itu :

01. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat


02. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah


03. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung


04. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah


05. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik


06. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak


07. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum


08. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular


09. Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta itu,


mengandungi lautan racun yang hitam pekat.


10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai


11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


( yang diseret itu adalah manusia )

Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

bersediakah kita menghadapi hari pembalasan???  

dipetik dari Kedah2u.com

Khamis, 25 November 2010

::khas untuk family::

SALAM

another hope from me to my future kids and family......


"I hope that one day I can say,
look at me, I am old but I'm happy" 

.....because i know that someday that i have to go away.......


salam sayang

Quran Recitation"SMALL CHILD"QURAN"HAFIZ"

Isnin, 22 November 2010

Altimet feat Adeep Fabulous Cats - Chantek

Khamis, 18 November 2010

::rezeki dari ALLAH... sy bersyukur pada Pencipta::

salam,

saya dah konpius dah skang ni
tawaran demi tawaran sy dpt
tapi hati bingung nak memilih yg mana satu perlu menjadi priority
kalau sy further study, sy masih belum dpt membantu mak
kalau sy kerja mak pulak suruh sy sambung belajar
skang ni priority sy ialah mak
jadi sy xtau nak decide
ntah pening dah
solat istikarah
malam nanti....
harap diberi petunjuk dariNYA
amin

salam sayang

Rabu, 10 November 2010

::pak andak, saya dapat tawaran sambung master::

salam,

tiada kata seindah bahasa yg dpt mengungkapkan betapa hati ini bersyukur padaMU wahai pencipta
syukur Alhamdulillah diatas kurniaanMU
syukur Alhamdulillah diatas rezekiMU
dulu aku diduga dengan dugaan yg hebat dan kini,
KAU taburkan kemanisan didalam setiap kepahitan yg telah aku harungi dengan sabar....
sesungguhnya insan yg sepatutnya gembira disaat ini telah KAU ambil dari hidupku
tidak mengapa kerana ada insan yg masih mengasihani diri ini sebagai anaknya
aku bersyukur padamu ALLAH
ALHAMDULILLAH

jadi buat galang gantinya saya ingin sgt berkongsi kegembiraan ini bersama ayahanda sy Prof.Dato.Dr.HJ.ABDULLAH ALHADI kerana tanpa doa dan berkat pak andak dan mak andak, anakanda tak kan sampai ke tahap ini... terima kasih

terima kasih juga buat mak tercinta
ZAOITON BT HJ. MAHMOOD kerana sentiasa berada disisi, dihati dan terima kasih sebab masih memberi semngat yg kuat utk zatil... love u mak

salam sayang

Ahad, 7 November 2010

::perihal bertunang... hmmm jangan main2::

salam,

kawan2 awak semua rasa zaman sekarang ni bertunang tu perlu ker??
ishhh saya keliru nih
sebab sekeliling saya banyak perihal bertunang, tunangan, tunang, tunag saya, tunang awak
sama je la kan tuh
saya angol suda

mak saya kata elok bertunang, ikot adat
makcik saya kata elok nikah terus
kawan2 saya kata bertunang ni banyak dugaan
jiran saya makcik zizah cakap tunang je lah buat meriah sikit

hah sekarang saya jadi musykil nih
bukan ape
saya ni kalau boleh tak mau bertunang
tapi bila tengok org bertunang mcm best kan :)
tapi kalu nikah terus lagi bagus
tapi kalu bertunang boleh bagi time kita untuk kenal family si dia and saya
banyak lagi tapi nih tapi xmau la tulis banyak sgt nti...

jadi mcm mana nih??
berserabut kepala
saya bagi alasan nak sambung belajar lagi
tapi katanya alasan tu dah lapuk yer
org yg belajar pun boleh kawin jugak
saya bagi alasan nak kumpul duit dulu
org kata buat apa nak lambatkan menda baik
ha gitu pulak jawapannya??
uurrggghhh saya bagi jawapan next year boleh tak mak? boleh tak makcik?
boleh la yer... saya stress pikir pasal bertunang bagai ni

saya rasa elok tunggu saya grad dulu lah
sebab saya masih ligat nak jadi si gadis lagi (bujang)
jadinya saya hold lagi jawapan saya tau
tunggu tau... hehehehe kompem mak berbulu kalau baca blog nih
saya tak kire, kali ni yg nak bertunang tu saya
so saya yg decide
hahahahahahah (gelak ala2 queen control)

saya decide untuk bagi jawapan next year
so mak saya dan mak si dia harap bersabar yer
sekian dari saya
saya suker ngan jawapan saya
so sekarang nak pegi tido lah
tido sambil senyum :)

salam semua
salam sayang

Khamis, 4 November 2010

::Photo's Factory 19>> chef duta senduk::


mereka kata saya DUTA SENDUK
saya kata kat mereka saya CHEF yg paling terel masak
mereka kata CHEF merangkap DUTA SENDUK
heheheheh dulu2 belajar kat teknik ert amek KATERING culinary
tapi skang dah bertukar amek TOURISM mangemnet
huhuhuhu saya mmg insan yg BERBAGAI
MASAK saya boleh
manage TRAVEL pun boleh
pendek kata semua boleh
ok lah

jumpa lagi di lain post

salam sayang

::kereta malaysia ke imported car::


salam,
 
saya bukan nak memburukkan sape2 tapi hanya untuk berkongsi cerita... jadi mari tatap cerite ni dan komen la kalau rasa anda anak malaysia ..........
 
ni petikan ayat yg saya amek dari sebuah forum>>> "kalau inspira harga lbh kurang RM30,000.00 Okeylah. Ini harga fuyyu mahal bangat tapi kualiti sendiri mau ingat ma.. Lebih baik pakai kete import..mahal sikit tapi puas hati dan safety. aku ni kenal yang mana Mitshubi yang mana proton"
 
ape pendapat korang ngn komen die ni???? btw si die yg komen nih seorang melayu yg memegang nationality sebagai MALAYSIAN dan juga mnetap di sebuah negara yg bernama MALAYSIA...
 
ha ni komen saya>>> bagi saya, quality does matter... but if u know how to take a gud care with ur car, proton boley jadi lgi baek dri kereta import yg di gahkan sgt tuh... btw bukanlah sebab sy pakai saga, tpi sebab sy rasa bertuah pkai national car.. besides... its up to u guys la kan nak pakai keta brand ape skali pun, "ade aku kesah"? heheheh hello my uncle said even students can buy those expensive imported car kalau dekat US... so korang masih nak bangga ker? heheheh tepuk dada tanya selera... mereka diluar sana dah pakai kereta customize sendiri kot, nak enjin cmne, nk body cmner, nak inside cmner... yg penting money.. lagi satu, ape lah salahnye tolong support ape yg malaysia sendiri buat utk naikkan lagi taraf negara nih... baru nak up sikit dah ramai yg mulot cam haram kutuk itu dan ini... kalu xmau beli barangan buatan malaysia xper, tpi at least tolong jadi supporter sudeh.... mak kata kenapa nak pakai kereta mahal2, kalau kite pakai kereta murah buatan malaysia kita xder la terlekat dengan hutang kereta lame sgt... betol gak kan??? hmmmm betol mak, saga pun bagus walaupun body die xsekeras body kereta lain.... heheheh cukup selesa untuk dibawa pergi ke kelas dan cukup selesa untuk membawa mak pegi jalan2 menziarahi sanak saudara...  heheheh dah2.
 
salam sayang

Rabu, 3 November 2010

::independent study dah siap::

salam,

kawan2 saya dengan bangganya nak bagitahu independent study saya bersama ahli2 group saya iaitu ANIS and SALAM SHAH dah siap.. betul dah siap.. mesti ada kawan2 yg tak percaya kan?? berkat usaha kami bertiga akhirnya membuahkan sebuah research yg bertopik kan "customer satisfaction towards low cost airline : the study of AirAsia" alhamdulillah kami dah siap sepenuhnya, cuma yg tinggal hanya finishing dan presentation jer... ni semua berkat doa kawan2.. jadi di sini saya nak ucapkan berjuta2 terima kasih untuk kawan2 yg mendoakan, hanya Tuhan yg dapat membalasnya...

sekarang saya boleh tumpukan pada final exam dengan tenang hati yeeeeehhhaaa :)

salam sayang

::dia suka buat saya marah::

salam,

saya marah? marah saya bersebab...
saya marah dengan pikiran yg waras
saya marah bila pikirkan kata2 yg tak masuk akal
maknanya saya marah bila org mula mengarut ngan saya
kalu org mencarut ngan saya lagi saya marah
jadi jangan buat saya marah
nanti kalu saya marah saya jadi diam
saya jadi bukan diri saya
saya kalau marah saya lebih senang bersendiri
jadinya kalau nak tengok saya happy2
jangan buat saya marah

tapi sekarang saya dah tak marah dah
sebab dia kata memang silap dia
ada ke tuduh menda yg saya tak buat
memang la saya marah
saya jujur pun dia kata saya tak jujur
saya duduk diam2 pun dia kata saya merayau tak tentu hala
saya pun tak tahu lah apa kena dengan dia
alih2 saya marah dia
terus dia tido
heheheh padan muka dia
wat saya marah lagi
nasib jauh, kalu dekat saya karate je dia

huiii pada awak tu yg jauh
jangan pikir yg bukan2 yer
saya pandai jaga diri
saya dah biasa hidup berdikari
semua kerja saya buat sendiri
jadinya saya hanya minta awak memahami
nasib awak jadi air time saya jadi api

ok lah saya dah tak marah dah
lega dapat luah dekat sini
lagipun assigment saya dah siap dah
so dah tak stress macam hari tu
skang ni tengah neves nak final exam jer
jadi saya minta lagi skali awak fahami saya
tak lama jer lagi kan
so awak sabar yer
doakan saya

salam sayang



Selasa, 2 November 2010

::Photo's Factory 18>> editing cukur jambul (draft edition)::


draft yg masih didalam pembikinan
mata si baby perlu diubah
tone perlu dipadankan ngan mood
hmmmmm bnyak lagi yg kena buat nih....
sempat ker nak buat nih???? exam lagi... hehehhehe
 ok lah kawan2, saja jer nak tunjuk kerjaan saya
hasil tidak seberapa
saya masih mentah
minta tunjuk ajar dari kengkawan

thank you to>>>> Pisang Studio (ijad, abe wan, dann n semua)

salam sayang

::busy exam::

salam, kawan2 doakan saya supaya dapat buat exam dengan tenang, terangkan hati dan akal saya
saya sangat nervous untuk exam kali ni... sebab ni final exam untuk final semester
wish me luck yer kawan2
   
love u all

salam sayang

Jumaat, 22 Oktober 2010

::jom tonton sama2::

video kawen yg paling simple but nice :)