Memaparkan catatan dengan label ~aku xsuke nk ngata~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ~aku xsuke nk ngata~. Papar semua catatan

Khamis, 23 September 2010

::TERIMA KASIH::

SALAM,

syukur pada ALLAH kerana memberi ruang udara untuk SC dan kawan2 bernafas di bumi Tuhan ini....
firstly, SC sangat2 terharu dengan usaha kawan bloggers SC yg sudi share luahan hati SC... terima kasih my dear Uncle... i love u... SC sentiasa mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, kesihatan yg baik untuk kawan SC.

terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih

dan

terima kasih.

jangan lupa ye kawan2, SAYANGILAH IBU BAPA KITA SEMENTARA MEREKA MASIH ADA.... HARGAI MEREKA SEPERTI MANA MEREKA MENATANG KITA BAGAI MINYAK YG PENUH.... PELUK DAN CIUM IBU BAPA KITA SETIAP HARI.... TAK SALAH JIKA SEORANG ANAK MENUNJUKKAN KASIH SAYANG MEREKA KEPADA IBU BAPA MEREKA DENGAN PELUK DAN CIUM KAN???? JADI MULAI DARI SEKARANG, PELUK DAN CIUM LAH IBU BAPA ANDA SETIAP HARI... SC MEMANG BEGITU DENGAN MAK,,,, TAK KISAH LAH WALAUPUN MAK KATE SC BUSUK SKALI PUN, SC TETAP PELUK DAN CIUM MAK SETIAP HARI, SEBAB SC TAK TAHU BILAKAH PELUKAN DAN CIUMAN TERAKHIR UNTUK MAK... SC TAK NAK MENYESAL DI KEMUDIAN HARI...  PADA YG IBU BAPA TELAH TIADA SEDEKAHKANLAH ALFATIHAH DAN DOA PADA MEREKA SEBAGAI TANDA PENGIKAT KASIH KITA PADA MEREKA....

salam sayang untuk ibu bapa kita..... I LOVE U MAK


Sabtu, 18 September 2010

::SAYANGI IBU BAPA SEMENTARA MEREKA MASIH ADA::

salam,

hello kawan2... hmmm hari ni SC terpanggil untuk bermukadimah sikit perihal sikap anak2 zaman skang!!! termasuklah SC sekali,,,, ngehehehhe hmmm camner nak start ceritera ni yer...

kawan2, korang semua masih ade ibu dan ayah???? masih sihat ker mereka??? masih berupaya mencari rezeki untuk korang semua tak??? SC anak yatim... ayah dah meninggal dua tahun lalu, adik pun same dah pergi buat selama2nya... sekarang ni SC tinggal ngan mak jer berdua.... ape yg merunsingkan fikiran SC sekarang nih mampu atau tidak SC untuk menjaga mak SC... yer, mak SC alhamdulillah masih sihat, boleh mencari rezeki dan yg penting masih bisa menyayangi SC... SC sentiasa mendoakan kesihatan mak, kebahagiaan mak di dunia dan akhirat... kawan2 pun doakanlah semoga SC mampu untuk menjaga mak SC sampai hujung nyawa... amin.

cuma apa yg SC nak cerita ni bukan untuk mengaibkan sape2, bukan untuk mengata sape2, bukan untuk memfitnah sape2... SC bercerita untuk pedoman dan ambil ini sebagai ikhtibar kita bersama... SC bersyukur sbb diberikan kesempatan untuk berhadapan dengan semua ceritera manusia yg pelbagai, dan tanggungjawab SC skang ialah untuk berkongsi cerita ini disamping memberi 1001 pengajaran buat anak2 yg masih belum mengenal erti SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU.... mari sama kita hayati dan renungkan betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapa semasa membesarkan kita,,,, tapi kali ni SC akan cerita jasa seorang ibu la yer, sebabnyer yg berlaku didepan mata adalah kisah kehidupan seorang ibu tua yg kini uzur....

pernah dengar tak ''seorang ibu mampu membesarkan 10orang anaknya, sedangkan seorang anak belum pasti akan dpt menjaga ibunya dihari tua kelak""... sedih kan?? tapi itulah kebenaranya sekarang, terlalu ramai anak2 yg membiarkan ibu mereka terlantar dan dijaga oleh pembantu rumah!!!!! kenapa masih ade anak2 yg bersikap begini??? yg berlaku didepan mata SC sendiri membuatkan SC sebak, terharu dan memberi 1000 pengertian bahawa ALLAH itu menguji kita tanpa batasan ilmu dan akhlak.

apa yg berlaku,,,?? begini, si ibu mempunyai 7orang anak, 2 perempuan 5 lelaki... si ibu dikatakan sangat berjaya didlm mendidik anak2nya sehinggakan anak2nya menjadi doktor, jurutera, accountant yg berjaya dan yg penting berkemampuan didlm kehidupan mereka. kini si ibu sudah tua dimamah usia, si ibu sudah uzur dikikis penyakit.... si ibu kini terlantar menanggung penyakit yg pelbagai rencahnya.....

apa yg membuatkan SC tertanya2 mengapakah si ibu yg uzur ditinggalkan bersama pembantu rumah, dan si anak leka beraya entah kemana??? wahhhh berlagaknya sehinggakan untuk menukar pampers ibunya pun dilakukan oleh pembantu rumah!!! sekaya mana pun anda, setinggi mana pun ilmu dijulang, sekuat mana pun akhlak dipegang jangan sekali2 memperlakukan ibu anda sebegitu!!! buat apa meniti menara gading jika bodoh didalam menggalas tanggungjawab sebagai anak???? untuk apa jawatan besar dijinjing jika tanggungjawab dibahu dilepaskan 100% kepada pembantu rumah??? apa tanggungjawab anda sebagai anak??? layakkah anda digelar anak???

SC sgt2 tersentuh hati melihatkan keadaan si ibu yg menanti hari dipanggil pulang kepangkuan Tuhan.... tidak sedihkah anaknya??? tidak terharukah anaknya melihatkan keuzuran ibunya??? kenapa dulu si ibu bisa membesarkan anak2nya sehinggakan semuanya boleh dikatakan berjaya!!! kenapa tidak difikirkan itu??? alasanya, mereka sudah berkeluarga dan mereka perlukan masa untuk bersama keluarga... jadi si ibu itu siapa???? bukan salah seorang dari keluarga dia ker??? bukan ker???? jadi si ibu itu siapa???? tidak salah jika dibawa bersama si ibu beraya walaupun keadaanya sudah uzur, dan juga tidak salah pula kalau si anak2 menagguhkan trip beraya kerumah saudara mara kerana si ibu itu terlalu uzur... apa ni semua??? kenapa si cerdik pandai tidak tahu menilai erti tanggungjawab seorang anak???? semua si anak adalah mereka yg sgt bijaksana, tetapi bodoh di dlm mencari erti syurga yg sebenar2nya....

insaflah wahai anak2, insaflah... ingat kembali saat ibu bapa anda bersusah payah didalam membesarkan dan mendidik anda,,,, jangan biar orang kata ANDA ANAK YG BIJAK TAPI BODOH... faham maksud SC??? ingat derhaka pada ibu maknanya kita tak akan walau sekali mencium bau syurga.... YaALLAH KAU tunjukkanlah jalan yg lurus dan benar kepada anak2 ini, celikkanlah mata mereka, terangilah hati mereka... sesungguhnya si ibu kini mengharapkan kasih sayang yg terakhir dri anak2nya... si ibu cuba membina keluarga dri saat mulanya akad sehingga si ibu kini menanti saat2 malaikat maut memanggilnya... sayang sekali, keluarga yg cuba dibina oleh si ibu hancur dimusnahkan oleh sikap anak2nya yg terlalu mementingkan diri, ego dan tidak berhati perut!!!! untuk kali ini SC mengharapkan supaya anak2nya kembali lah kepangkuan ibunya, tidak salah jika si anak yg mencuci berak ibunya, tidak salah jika si anak yg memandikan ibunya, tidak salah jika si anak yg menjaga ibunya siang dan malam tanpa jemu,,, jangan sesekali membiarkan si ibu dibantu oleh pembantu rumah,,,,, tolong, im begging!!!! please!!!!! sayangilah ibu bapa anda... please!!!!!! SC merayu!!!!

kawan2, jadikan ini pedoman untuk kita bersama... yg baik kita jadikan panduan dan teladan, yg buruk kita sama2 buangkan..... niat SC baik, ingin menasihati sesama insan.... SC sayang sangat pada mak SC... kalau diberi peluang SC nak mak hidup 1000 tahun lagi menemani SC.... hmmmmm dunia tetap dunia, tpi akhirat jgn lupa.... ALLAH sentiasa memerhatikan kite tanpa letih dan jemu... semua amalan kite dicatit dikiri dan kanan kite... jadinya kite sendiri menilai kehidupan kite...

Jumaat, 23 Julai 2010

::jaga perasaan jangan BARAN::

salam,

kawan2 jumpa lagi kita,,, aku amek masa jap nak berblog sebab jap lagi nak sambung buat kerja.
aku selalu berpesan dengan kawan2, jaga perasaan masing2 jangan ikutkan baran nanti semua benda boleh jadi huru hara... kalau rasa nak baran jer cepat2 la cool down mengucap banyak2... ingat jgn sesekali meninggikan suara kat orang, anak orang, mak bapak orang dan semua orang....

aku pun baran, tapi belum sampai nak menengking menjerit tak tentu pasal. kalau korang tak boleh buang tabiat baran tu sekarang, maknanya sampai dah beranak pinak bercucu pun korang tetap ngan perangai baran tu... malas la layan orang gini, kejap elok kejap tak elok... aku bercakap melalui pengalaman... aku berkata melalui pandangan mata, aku bercerita kerana perlu berkongsi bersama.....

sebenarnya banyak cara nak hilangkan baran nih, antaranya bersolat, mengaji, mengucap dan sebagainya... paling senang nak hilang baran ialah think positive... tapi jangan la sampai di luar sedar... lagi satu orang yg baran ni memang sesuai ngan orang yg tak baran,,, so cari la kawan yg sejuk hatinya... api lawannya air kan??? ha senang cerita tak payah kawan ngan orang baran nih,,,, buat sakit hati jer, nak tau napa?? sebab bila seseorang itu dah baran dia akan membuat sesuatu perkara diluar kawalan minda dia... so apa jer yg di barankan akan terkeluar secara drastik dan kadang2 ada yg sanggup memukul dan sebagainya....

hmmm kenapa aku pilih topic pasal baran??? aku tiba2 teringat suatu peristiwa dulu2... and peristiwa lain yg betul2 buat aku terpikir, yg aku ni macam tempat orang melepaskan amarah dan geram... haihhh pening kepala dikelilingi orang2 begini, tapi inilah lumrah kehidupan, inilah asam garam kehidupan... kadang2 lagi menambah minyak petrol dalam bara api memang menyeronokkan... heheheh tak apa la, semua itu ciptaan Tuhan, so nak tak nak untuk elak semua tu berlaku lagi aku pun tulis la serba sedikti pasal baran ni... pada yg terasa aku tak boleh nak buat apa lah, sebab korang yg rasa bukan aku yg tolong rasakan untuk korang. sedikit selfish untuk diri sendiri tidak akan membuatkan orang lain terluka kan??? hahahah

jangan biarkan diri diselubungi kesedihan, agak2 kalau suami korang tu panas baran jangan lak korang biarkan dia ngan perangai baran gitu yer... nanti lama2 naik minyak lagi mau naik tangan pulak kan... sian jer sapa yg kena pukul oleh suami panas baran...aauuuwwww tak mau la. biar kita tak bahagia sendirian dari tak bahagia bersama someone... betul tak???

ermmmm jap2, aku ada terbaca satu ayat mengatakan bahawa "ALLAh itu maha pengasih lagi maha penyayang,,,, DIA akan menemukan kita dengan berbagai2 jenis manusia yg tidak sesuai untuk kita sebelum DIA menemukan yg terbaik untuk kita...." jadi jangan kecewa jangan sedih dengan ketentuan yg Tuhan tuliskan untuk kita... kerana disebaliknya ALLAH menyediakan hadiah yg sgt bernilai untuk kita, ALLAH menyediakan yg sgt terbaik untuk kita...

pesanan buat yg sedang menanggung sengsara cinta baran>>> hmmm semua penyakit ada ubatnya, sakit jiwa ada ubatnya, sakit jantung ada ubatnya, sakit kaki tangan ada ubatnya, dan sakit cinta juga ada ubatnya... believe me one day that the cure of the love painfull will be found out by the bless of ALLAH Almighty, by the doa and pray... so let by gone be by gone... let the star shine again, let the moon smile again,,, no sadness, its enough... no heartbroken becoz nothing left behind,,,, get back ur heart and give it to someone that really appreciate the meaning of love and being love...

pesanan untuk aku>>> zatil husna @ amna luna, the day is coming, what u have to do is to concentrate on what u want to achieve. nothing such as heartbroken and dissapointed... only 10 weeks more to go, final semester and final year... and u know what is the best for u, u deserve better than before. a new life begin after this year, u need to plan zatil. jeng jeng jeng... (^_^) bukan planning to get married okeh,,, itu far away from the list walaupun mak tetap berkeras suruh kawin... hahahah
untuk mak>>>>(mak ni rilex la dulu, kite baru nak melepaskan lelah belajar.... give me time yer mak.... bagi kite lagi 2tahun then kite decide tau... susah jadi anak tunggal nih... aiiiyyyooo amma appa yennadey :-p)

pesanan untuk yg membaca blog aku>>> berpegang pada janji manis orang dah tak pakai dah sekarang... berpegang pada janji Tuhan orang sentiasa amalkan... berpegang pada yg SATU tiada DUA atau TIGA...
"jangan senang naik marah nanti naik darah", "jangan senang buruk sangka nanti hubungan binasa", "jangan senang melafazkan kata janji nanti orang menanti", "jangan sesekali amek hati dengan aku sebab aku hanya insan biasa seperti kamu".........

kata2 dari hati aku>>

"appreciate the moment, keep the memories, tied it up and say this was what we've created together... end with endless"....

"to be unhappy alone is better than to be unhappy with someone"

"predict the unpredictable, say that everything could happen get ready sooner or later..."

"the sadness is the due to unhappiness"

"fly away like kite,
comeback like bird,
go away from my heart,
because u make my heart hurt"

"without u there is no ME,
without ME u are happy,
being with u is such a lovely memory,
be away from u my heart is lonely"

"dengar2kanlah isi hati kamu dengan sebaiknya, sesungguhnya hati itu sentiasa berbisik dengan perlahan"

salam sayang
::AMNA LUNA::