Memaparkan catatan dengan label ~sedang Meluahkan Perasaan~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ~sedang Meluahkan Perasaan~. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Jun 2010

~hari ini aku tersentak, terharu, aku kalah~

salam...

awal kata aku mohon keampunan dari Tuhan yg Mencipta langit dan bumi, laut dan gunung, manusia dan haiwan... ampunilah aku pada setiap kelalaian aku sebagai seorang manusia, sebagai seorang anak, sebagai seorang kakak, sebagai seorang ahli keluarga... aku lalai YA ALLAH... ampunilah aku, sesungguhnya terlalu banyak dosaku mahupun sekecil zarah atau sebesar langit ditadah... aku memohon keampunanMU YA ALLAH....

YA ALLAH sesungguhnya kau ciptakan Adam dan Hawa, kau ciptakan zuriat bagi mereka, kau ciptakan umat untuk mereka, kau ciptakan negara jajahan untuk mereka, kau ciptakan akal utk mereka, kau ciptakan segala2nya... dan yg paling indah kau ciptakan IBU untuk semua manusia yg bergelar anak...

YA ALLAH, kau ciptakan pula ANAK untuk si IBU itu... betapa besarnya kekuasaanmu YA ALLAH... selama 23tahun aku bergelar sebagai seorang anak, selama 23 tahun inilah KAU berikan aku kesempatan untuk aku menyayangi ibuku... aku bersyukur kehadrat Mu YA ALLAH.... sesungguhnya nikmat ini aku nikmati sebaik2nya sehingga ke hujung nyawaku....

MAK, MAK, MAK, MAK,,,, terima kasih sebab tolong zatil,,, really i did not realized that, but then just forgive her mom... mungkin die tak sedar yg die aniaya itu ialah seorang anak yatim.. mmg berdosa, tapi mungkin die tak sedar apa yg die buat tu salah...

MAK... biarlah diorang nak hina kita semahu2nya... biarlah diorang nak caci kita semahu2nya... biarlah diorang kata yg bukan2 pasal kita... asalkan kita jangan ikut cara diorang tu... ape yg penting kita doakan kebahagiaan diorang, kita doakan supaya ALLAH ampunkan dosa mereka... sesungguhnya kalu kita mendoakan sesuatu yg buruk tentang mereka, ALLAH tidak akan terima doa kita,,, jadi apa salahnya kalau kita mendoakan yg terbaik untuk mereka...

MAK.... mungkin hari ini hari mereka.... ingat tak pesan arwah ayah?? Tuhan menguji orang yg terang hati, Tuhan menguji orang yg belas kasihan, Tuhan menguji orang yg selalu mengingatiNya... arwah ayah pernah cakap, kalau orang buat jahat dengan kita, balas balik dengan ucapan terima kasih dan senyuman... mudah2an yg buat jahat tu akan lembut hati... arwah ayah pernah pesan, jangan cari gaduh dengan orang lain, nanti hati kita jugak yg sakit.... arwah ayah pernah cakap "zatil, pada dasarnya mereka menyukai kita, tapi oleh sebab nafsu hasad dengki lebih tinggi, jadi perasaan suka itu jadi tak suka, mereka iri hati... jadi salah siapa???" arwah ayah pernah cakap "zatil, kalau suatu masa nanti zatil berjaya jangan sesekali lupakan mereka2 yg dengki tu, sebab ayah percaya semangat kejayaan itu datang dari hasad dengki mereka juga"...
arwah ayah pernah kata "zatil, kalu suatu masa nanti ayah dah tak ada di dunia ini, dan mereka masih lagi mencaci dan menghina kita, kata pada mereka ayah selalu memaafkan segala apa yg mereka lakukan, keampunan sebenar adalah dari orang yg dianiaya..."

jadi MAK... pesan2 ayah tu zatil selalu ingat, zatil selalu pegang... sebab tu lah zatil lebih suka berdiam diri dari meluahkan rasa... arwah ayah pun macam tu jugak,,, selalu diam dan pendam bawa sampai ke hujung nyawa....

MAK, percayalah zatil sayang sangat kat mak,,,, zatil sangat2 perlukan mak... tadi dimasjid berkumandang nama "ZATIL HUSNA BT MOHD JAMALUDDIN, SEMOGA ANAK SAYA CEMERLANG DALAM PELAJARAN, DUNIA DAN AKHIRAT"... YaALLAH besarnya tanggungjawab mak, besarnya pengorbanan mak, kepentingan mak adalah zatil... dan kepentingan zatil adalah mak... apa yg zatil boleh bagi utk balas jasa mak??? jawab mak "cukuplah sekadar sedekahkan doa, yaasin dan tahlil untuk mak bila mak dah tiada nanti"..... YA ALLAH, aku memohon kau ampunilah semua dosa2 ibuku, KAU berkatilah kehidupannya YA ALLAH, KAU berikanlah kesihatan yg baik utk ibuku,,,, mak.... zatil minta ampun dan maaf untuk semua dosa2 dan kesalahan yg zatil lakukan selama ini... kata mak "dari pertama kali zatil celikkan mata kedunia ini mak sentiasa memaafkan segala2nya... mak sentiasa mendoakan yg terbaik utk zatil"

.......................... hanya tangisan yg bisa aku luahkan.... betapa aku berdosa pada ibuku... betapa aku alpa untuk menyayangi ibuku selama ini... sedangkan ibuku belum pernah walau sesaat pun tidak menyayangiku... astagfirullahalazim ....

MAK,,,,, zatil sayang sangat kat mak.... zatil sayang sgt dekat kekasih hati kita... arwah ayah dan arwah harry.... doa2kan supaya kita sekeluarga bertemu semula di akhirat kelak... amin....

salam sayang, rindu dan kasih dari anakmu....
ZHMJ

Rabu, 2 Jun 2010

~nukilan tulisan si TERKILAN~

"Hidup ini ibarat AISKRIM, harus dinikmati sebelum CAIR"


so aku ngah nikmati hidup dengan sebaik2nya sebelum Yang Mencipta menjemput aku pulang ke alam yang hakiki...

buat semua aku minta maaf kalu ade sakitkan hati korang,
sepanjang perjalanan aku sebagai kawan mahupun sahabat korang kalu aku ada buat salah, aku minta maap banyak2.. memang salah aku...

:-)

Selasa, 1 Jun 2010

~rindu sangat~

rindu sampai tak boleh tido

hmmmm masih sayang....

belum ada benci dlm hati....

 T_T

Isnin, 3 Mei 2010

~Cerita Lama Terjah Lagi~

salam,
*cerita ini adalah luahan hati dari seorang teman
bercinta dan menyintai adalah sesuatu yg baru baginya, kenapa? kerana diusia 18tahun dia masih baru mahu menjinak2kn diri menyayangi orang lain selain dari ahli keluarganya, siapa lagi kalu bukan insan yg bergelar sikekasih hati. percintaan ini terpaksa dirahsiakan dari pengetahuan ahli keluarga, kerana bimbang keluarganya belum dapat menerima kekasih hatinya itu.
hari berganti hari, mingu berganti minggu, bulan berganti bulan cinta si dia dan kekasih hati semakin mekar, bercambah setiap saat dan detik. tetapi percintaan mereka ini dapat dihidu oleh ahli keluarga. teruk si dia dimarahi ahli keluarganya, akhirnya keluarganya memaksanya memutuskan hubungan dengan kekasih yg terlalu dicintainya itu. kenapa dia terlalu menyintai kekasihnya?? kerana itulah cinta pertamanya, itulah kekasih hatinya, itulah yg telah mengajarnya erti bercinta, dan juga kerana si dia adalah seorang yg setia pada cinta yg satu. tetapi apakan daya, tuntutan keluarga lebih penting dari segalanya. si dia membawa diri jauh ke perantauan dan begitu juga kekasih hatinya.
bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, si dia masih belum dapat melupakan kekasih hatinya itu. setiap hari si dia akan menghantar mesej kepada kekasihnya walaupun dia tahu kekasihnya tidak akan pernah membalas mesejnya. tapi dia tahu cintanya cinta yang sejati, dia terus cuba dan mencuba menghantar mesej kepada kekasih hatinya, tetapi apakan daya harapan hanya tinggal harapan.
setelah lama diperantauan, dia pulang semula ketanah air tumpah darahnya. dia memeluk, mencium dan memohon keampunan dan kemaafan dari kedua ibu bapanya kerana selama ini benar tekaan ibu bapanya bahawa kekasihnya itu adalah seorang yg tidak baik. tetapi jauh disudut hatinya yg dalam dia masih menyayangi kekasih itu setulus hati, tidak pernah padam cintanya pada kekasih hati.
lama kelamaan dek kerana masa berjalan terlalu pantas, dunia berputar pada paksinya dan musim berganti musim, dia segera dapat melupakan kekasih hatinya itu. cukuplah penderitaan yg ditanggungnya selama ini kerana terlalu mengharap pada yg tidak mahu. kini dia bahagia pula dengan insan baru yg benar2 telah berjaya mengubah hatinya. dia telah jatuh cinta kembali, jatuh cinta kali ini lebih ikhlas dan tulus dari yg dulu. kenapa?? kerana kali ini dia tidak akan mensia2kan segala yg masa dan peluang yg ada. dia memperkenalkan insan baru itu kepada ibunya, dan syukur kerana ibunya dapat menerima insan tersebut. alhamdulillha. kini kebahagiaan meniti setiap nafasnya, percintaan yg direstui itu kini berjalan dengan lancar dan penuh dengan sulaman kasih sayang antara mereka berdua.
tiba2 disebalik kebahagiaan itu, sikekasih lama yg telah dibuang sejauh mungkin itu muncul semula, muncul membawa seribu pertanyaan. dia tahu hatinya kini penuh dengan insan baru, tetapi kenapa perlu disaat ini sikekasih hati yg lama bertandang? datangnya kekasih hati yg lama membawa berita gembira rupanya. berita yg mengkhabarkan bahawa kekasih lamanya itu akan berkahwin. bagaikan langit runtuh diatas dada si dia mendengarkan perkhabaran tersebut, bukan kerana curang dengan insan baru,,, tetapi kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa kekasih yg dulu pernah bertamu dikalbunya akan berkahwin dengan perempuan lain dan bukan dirinya. terlalu berat untuk si dia menerimanya, dianggapnya kekasih lamanya terlalu kejam, kekasih lamanya itu menghukum dirnya tanpa sebarang kesalahan. tidakkah kekasih lamanya itu kasihan pada dirinya? tidak cukupkah penderitaan yg terpaksa ditanggungnya selama ini? bagi dirinya cukuplah jikalau dia tidak tahu menahu tentang kekasih lamanya itu, kerana keadaan ini terlalu menyiksanya. baginya cukuplah dia mengetahuinya dari kawan2 tentang berita itu, dari mendengar sendiri dari mulut kekasih lamanya. baginya, untuk menjaga hati tidak perlulah kekasih lamanya itu bertandang kerumahnya dengan niat untuk memberikan kad undangan. baginya kad undangan itu telah meremukkan hatinya, telah menghancurkan hatinya....
kini baru dia memahami bagaimana perasaanya apabila kita dihukum hidup2, barulah dia tahu betapa siksanya hati dan perasaan apabila dipermainkan, baru dia tahu betapa kejamnya bila kita melukakan hati seseornag yg pernah kita sayangi. ccukuplah hatinya disiksa, tidak akan lagi dia mengharap pada cinta yg xpasti, tidak lagi dia mencari cinta,,,,, mujur sememangnya hatinya kini sednag dipenuhi sang kekasih baru yg sentiasa memahaminya, menemaninya dan menyintainya sepenuh hati.
kepada bekas kekasihnya, dunia ini sentiasa berputar, roda juga berputar... sekejap diatas sekejap dibawah,,antara kata2 dari si dia "semoga kebahagiaan sentiasa bersama kalian. cukuplah kisah kita selama ini, jangan pernah awak tegur saya lagi, sebab awak dah ada bini, sebab sy tak mau ada apa2 lagi dengan awak. sy kuburkan segala perasaan sy selama ini yg sy tadahkan untuk awk,, sy matikan segala kenangan kita yg tak seberapa tu,,, kini sy berjaya buang awak jauh2, sy buang awk sampai tak akan sy temui kembali walaupun nama awak. sy sentiasa maafkan awak, dan sy harap awak pun maafkan sy,,, selamat tinggal"
kini berakhirlah episod duka si dia,,,,, esok bakal bermula kisah hidup si dia dengan insan yg kini mewarnai setiap harinya.....