Tahukah anda di mana tempat yang paling menakutkan, paling mengerikan dan bakal membaham jutaan manusia ? Jika kita tidak sentiasa berhati-hati, maka kita juga tidak akan terkecuali daripada menjadi mangsanya. Kita semua tahu tempat itu, tetapi tidak ramai yang berjaga-jaga dan bersedia untuk mengelaknya. Masih ramai yang ambil mudah, buat endah tak endah dan ada juga yang bercakap besar serta mempersendakannya.
Tempat itu adalah Neraka ! Dan tidak ada tempat lain yang lebih menakutkan daripadanya. Jika hendak dibandingkan Kematian, Azab semasa Sakaratul Maut, Siksa Kubur, Bencana Kiamat, Hisab di Padang Mahsyar, Meniti Titian Sirot dll, yang mana semua ini sudah amat dahsyat dan tidak akan terbayang oleh akal manusia untuk cuba memikirkannya. Maka lebih dahsyat lagi Neraka dan siksaan-siksaan yang bakal dihadapi di sana.
Sedikit Maklumat Tentang Neraka
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata : Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dan dalam keadaan berubah mukanya, Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: Mengapa aku melihat kau berubah muka ?
Jawabnya : Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya...
Lalu nabi s.a.w. bersabda : Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam
Jawabnya : Ya, ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat disiksa, nescaya akan terbakar juga orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.
Nabi s.a.w. bertanya : Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami ?
Jawabnya : Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda
( nota - bermakna bahagian yang lebih bawah adalah lebih panas )
Tanya Rasulullah s.a.w. : Siapakah penduduk masing-masing pintu ?
Jawab Jibrail : Pintu yang terbawah untuk Orang-Orang Munafik, dan orang-orang yang Kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat Orang-Orang Musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat Orang-Orang Shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari Kaum Majusi bernama Ladha .Pintu kelima Orang-Orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat Orang-Orang Nasara bernama Sa'eir
Kemudian Jibrail diam, segan pada Rasulullah s.a.w.
Sehingga ditanya : Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh ?
Jawabnya : Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat
Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar,
Nabi s.a.w bersabda : 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam Neraka ?
Jawabnya : Ya, iaitu orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu
Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang, Baginda selalu menangis dan berdoa kepada Allah.
( dipetik dari Kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai' )
Dari Hadith Qudsi : Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat? sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..
Neraka yg sebenar adalah jauh lebih menyeramkan drp yg dibayangkan oleh manusia
Tahukah kamu bahawa Neraka Jahanam Ku itu :
01. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
02. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
03. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
04. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
05. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
06. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
07. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
08. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
09. Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta itu,
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
( yang diseret itu adalah manusia )
Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
bersediakah kita menghadapi hari pembalasan???
dipetik dari Kedah2u.com