niat hati untuk berkongsi bersama kawan2,, tak salah kalau kita ikut, betul tak? selamat beramal
- sebelum dan selepas tidur, baca doa tidur. ramai yg tidak ambil berat doa harian tp mereka tidak tahu bahawa ALLAH menjanjikan syurga bg mereka
- jangan tidur kaki menghadap kiblat kerana ini kedudukan tidur orang yang telah meninggal dunia.
- baca 4 Qul (An-nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ketapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. kamudian baca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali, kepada yg membacanya nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran
- niat untuk bangun tahajjud. sekiranya tidak terjaga untuk tahajjud ALLAH akan mengira seolah olah dia bertahajjud sepanjang malam.
- ambil wuduk sebelum tidur dan lakukan solat sunat taubat 2 rakaat.
- maafkan semua kesalahan manusia sebelum tidur dan halalkan segala hutang piutang mereka
- tidur Rasullullah mengiring badan ke kanan dan tapak tangan dibawah pipi. (tujuannya adalah untuk memudahkan jantung mengepam darah sewaktu kita sedang tidur)
banyak lagi yg boleh dikongsi bersama kawan2.... tapi cukuplah setakat ini,,, malam esok kita kongsi lagi yer... ingat yer, Islam mementingkan tidur dan rehat yg cukup agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang.
jadi, amalan2 ini banyak kebaikannya untuk kita didalam kehidupan seharian. akhir kata "tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai ibadah sekiranya ianya memenuhi adab2 dalam ISlam"
SALAM
0 comments:
Catat Ulasan