salam,
*cerita ini adalah luahan hati dari seorang teman
bercinta dan menyintai adalah sesuatu yg baru baginya, kenapa? kerana diusia 18tahun dia masih baru mahu menjinak2kn diri menyayangi orang lain selain dari ahli keluarganya, siapa lagi kalu bukan insan yg bergelar sikekasih hati. percintaan ini terpaksa dirahsiakan dari pengetahuan ahli keluarga, kerana bimbang keluarganya belum dapat menerima kekasih hatinya itu.
hari berganti hari, mingu berganti minggu, bulan berganti bulan cinta si dia dan kekasih hati semakin mekar, bercambah setiap saat dan detik. tetapi percintaan mereka ini dapat dihidu oleh ahli keluarga. teruk si dia dimarahi ahli keluarganya, akhirnya keluarganya memaksanya memutuskan hubungan dengan kekasih yg terlalu dicintainya itu. kenapa dia terlalu menyintai kekasihnya?? kerana itulah cinta pertamanya, itulah kekasih hatinya, itulah yg telah mengajarnya erti bercinta, dan juga kerana si dia adalah seorang yg setia pada cinta yg satu. tetapi apakan daya, tuntutan keluarga lebih penting dari segalanya. si dia membawa diri jauh ke perantauan dan begitu juga kekasih hatinya.
bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, si dia masih belum dapat melupakan kekasih hatinya itu. setiap hari si dia akan menghantar mesej kepada kekasihnya walaupun dia tahu kekasihnya tidak akan pernah membalas mesejnya. tapi dia tahu cintanya cinta yang sejati, dia terus cuba dan mencuba menghantar mesej kepada kekasih hatinya, tetapi apakan daya harapan hanya tinggal harapan.
setelah lama diperantauan, dia pulang semula ketanah air tumpah darahnya. dia memeluk, mencium dan memohon keampunan dan kemaafan dari kedua ibu bapanya kerana selama ini benar tekaan ibu bapanya bahawa kekasihnya itu adalah seorang yg tidak baik. tetapi jauh disudut hatinya yg dalam dia masih menyayangi kekasih itu setulus hati, tidak pernah padam cintanya pada kekasih hati.
lama kelamaan dek kerana masa berjalan terlalu pantas, dunia berputar pada paksinya dan musim berganti musim, dia segera dapat melupakan kekasih hatinya itu. cukuplah penderitaan yg ditanggungnya selama ini kerana terlalu mengharap pada yg tidak mahu. kini dia bahagia pula dengan insan baru yg benar2 telah berjaya mengubah hatinya. dia telah jatuh cinta kembali, jatuh cinta kali ini lebih ikhlas dan tulus dari yg dulu. kenapa?? kerana kali ini dia tidak akan mensia2kan segala yg masa dan peluang yg ada. dia memperkenalkan insan baru itu kepada ibunya, dan syukur kerana ibunya dapat menerima insan tersebut. alhamdulillha. kini kebahagiaan meniti setiap nafasnya, percintaan yg direstui itu kini berjalan dengan lancar dan penuh dengan sulaman kasih sayang antara mereka berdua.
tiba2 disebalik kebahagiaan itu, sikekasih lama yg telah dibuang sejauh mungkin itu muncul semula, muncul membawa seribu pertanyaan. dia tahu hatinya kini penuh dengan insan baru, tetapi kenapa perlu disaat ini sikekasih hati yg lama bertandang? datangnya kekasih hati yg lama membawa berita gembira rupanya. berita yg mengkhabarkan bahawa kekasih lamanya itu akan berkahwin. bagaikan langit runtuh diatas dada si dia mendengarkan perkhabaran tersebut, bukan kerana curang dengan insan baru,,, tetapi kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa kekasih yg dulu pernah bertamu dikalbunya akan berkahwin dengan perempuan lain dan bukan dirinya. terlalu berat untuk si dia menerimanya, dianggapnya kekasih lamanya terlalu kejam, kekasih lamanya itu menghukum dirnya tanpa sebarang kesalahan. tidakkah kekasih lamanya itu kasihan pada dirinya? tidak cukupkah penderitaan yg terpaksa ditanggungnya selama ini? bagi dirinya cukuplah jikalau dia tidak tahu menahu tentang kekasih lamanya itu, kerana keadaan ini terlalu menyiksanya. baginya cukuplah dia mengetahuinya dari kawan2 tentang berita itu, dari mendengar sendiri dari mulut kekasih lamanya. baginya, untuk menjaga hati tidak perlulah kekasih lamanya itu bertandang kerumahnya dengan niat untuk memberikan kad undangan. baginya kad undangan itu telah meremukkan hatinya, telah menghancurkan hatinya....
kini baru dia memahami bagaimana perasaanya apabila kita dihukum hidup2, barulah dia tahu betapa siksanya hati dan perasaan apabila dipermainkan, baru dia tahu betapa kejamnya bila kita melukakan hati seseornag yg pernah kita sayangi. ccukuplah hatinya disiksa, tidak akan lagi dia mengharap pada cinta yg xpasti, tidak lagi dia mencari cinta,,,,, mujur sememangnya hatinya kini sednag dipenuhi sang kekasih baru yg sentiasa memahaminya, menemaninya dan menyintainya sepenuh hati.
kepada bekas kekasihnya, dunia ini sentiasa berputar, roda juga berputar... sekejap diatas sekejap dibawah,,antara kata2 dari si dia "semoga kebahagiaan sentiasa bersama kalian. cukuplah kisah kita selama ini, jangan pernah awak tegur saya lagi, sebab awak dah ada bini, sebab sy tak mau ada apa2 lagi dengan awak. sy kuburkan segala perasaan sy selama ini yg sy tadahkan untuk awk,, sy matikan segala kenangan kita yg tak seberapa tu,,, kini sy berjaya buang awak jauh2, sy buang awk sampai tak akan sy temui kembali walaupun nama awak. sy sentiasa maafkan awak, dan sy harap awak pun maafkan sy,,, selamat tinggal"
kini berakhirlah episod duka si dia,,,,, esok bakal bermula kisah hidup si dia dengan insan yg kini mewarnai setiap harinya.....
0 comments:
Catat Ulasan