Jumaat, 23 Julai 2010

::24julai harijadi harry::

salam,

kereta kembara mak aku bernombor plat BGC247... sama la dengan tarikh 24julai tu.. apa kena mengena kereta kembara dengan tarikh keramat 24julai tu??? hmmmm panjang ceritanya........

aku menulis sekadar untuk berkongsi perasaan, sekadar untuk berkongsi pengalaman,,, kita ambil intipati yg baik untuk dijadikan panduan, sesungguhnya jika tulisan aku banyak menyinggung perasaan orang lain aku minta maaf, ianya bukan disengajakan, kerana ianya datang dari hati aku sendiri... yg jelik itu mmg dari aku... aku minta maaf lagi skali.

aku terpanggil untuk menulis kisah2 hidup terakhir yg dijalani arwah adik aku sebulan sebelum pemergiannya ke alam yg hakiki, perginya dia tidak pernah kembali, perginya dia buat hidup aku sunyi dan sepi..... kata orang tua2, 44hari sebelum seorang hamba ALLAH itu dicabut nyawa, dia akan menunjukkan sikit demi sedikit petanda. antara sedar atau tidak sahaja.

ingin sahaja aku ceritakan buat pedoman semua... tapi hati ini terlalu sedih... hati ini terlalu rindu pada kekasih hati yg tidak pernah lagi kembali... aku rindukan panggilan "kakak" darinya... aku rindukan ajakan "outing malam" bersamanya... aku rindukan gurauan manja darinya... aku ingat kata2 ini "kakak, harry nak sambung belajar.... tapi harry nak belajar jauh2... tenang sikit" kata2 ini sentiasa bermain2 dikepala aku kerana kata2nya ini dituturkan hanya 6 jam sebelum perginya dia bertemu dengan Pencipta.... sedih hati tatkala menanggung rindu yg teramat sangat... hanya doa yg mampu aku berikan... doa dari seorang kakak yg telah kehilangan segala2nya.....

untuk harry>>>

kakak tak tahu nak cakap cam mana.... kakak rindukan kau... dah 1bulan kakak tak pergi rumah harry.... bukan kerana tak ada masa, tapi kakak terlalu rindu... kakak tak nak menangis depan mak... jadi untuk elak semua tu berlaku kakak sanggup bagi mcm2 alasan kat mak utk tidak ke kuburan dlm waktu terdekat ni... kakak tak sanggup... puasa dah nak dekat, lepas puasa kita raya... tahun ni kakak raya berdua lagi dengan mak... hmmmm kalau boleh kakak nak sangat beraya dengan harry dengan ayah,,,, tapi ALLAH terlalu menyayangi kalian... DIA ambil 2 permata hati yg kakak ada... DIA tinggalkan satu2nya cahaya utk kakak hidup... DIA tinggalkan mak untuk kakak.... tapi rindu kakak pada harry dan ayah terlalu tinggi.... harry, selamat hari lahir... walaupun dah tak bermakna tarikh 24julai tu... tapi kakak tetap meraikannya... meraikannya dengan doa2.... setiap kali solat, kakak tak pernah lupa titipkan salam rindu untuk harry dan ayah....

harry dan ayah>>> damailah kalian disana, nantikan kami di syurga... kami sentiasa merindui dan kami tidak pernah lupakan kalian walau sedetik pun.... harry dan ayah, kakak terpaksa lalui perit dan getir sepanjang ketiadaan kalian.... oleh kerana berasa kesunyian, kakak terlalu mempercayai dan menyayangi orang lain sehingga tidak dapat menerima kehilangan lagi... tetapi mereka tidak pernah memahami isi hati ini... hanya ayah dan harry yg memahami perasaan kakak... kakak sayangkan kalian.... sambutlah kakak di syurga, tunggu kakak ngan emak... tak sabar menunggu detik kita bakal bersatu kembali... hmmmm salam sayang kakak untuk ayah dan harry... "YA ALLAH, ampunilah dosa2 kekasih hatiku, tempatkan mereka dikalangan orang2 yg beriman dan soleh disisiMU..." amin yarabbal alamin....

kepada kawan2 yg membaca blog saya>>>>
sayangilah keluarga anda, sayangilah ibu bapa anda, sayangilah adik beradik anda... kerana bila2 masa sahaj mereka bakal meningglkan kita, cuma waktu dan ketika yg tidak pasti.... jangan sesekali menjadi anak yg derhaka, jangan sesekali menerbitkan pergaduhan diantara adik beradik dan sedrah sedaging... dunia ini benar2 hanya sementara... yg kita kejarkan adalah akhirat yg hakiki... kenali diri, carilah jalan yg benar, sesungguhnya ALLAH itu maha pengampun lagi maha mengasihani... kepada mereka yg menganiayai anak yatim, sudah2 lah berbuat begitu,,,, NABI tidak mengaku umatnya jika mereka menganiayai anak yatim... jangan sesekali menyakiti anak yatim....

kepada diri sendiri>>>> nasib dan ketentuan ayah dan harry sudah ditentukan... kini bersedialah dengan amalan kamu wahai zatil husna... tinggalkan segala laranganNYA... dekatkan diri dengan kebenaranNYA.... zatil husna, yg tinggal pada kau hanyalah secebis hati untuk mengingati dan menyayangi kekasih hati kamu... jangan lupa dengan tanggungjawab kamu menjaga ibu... satu2nya cahaya yg ALLAH berikan untuk kamu sentiasa berbnafas di dunia yg penuh zalim ini....

maafkan diri ini.....

salam sayang
::AMNA LUNA::

2 comments:

Unknown berkata...

Salam,
Ku bacakan Al-Fatihah untuk adik dan anak saudaraku. Amin !

ZaTiL HuSnA berkata...

salam,,,,

mereka sentiasa didlm hati kita. insyallah, dengan izin ALLAH semua doa kita akan dimakbulkan,,, semoga mereka aman dia alm sana

alfatihah

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Catat Ulasan