Rabu, 7 Julai 2010

::keputusan yg telah diputuskan dengan kata putus::

salam,

dengan hati yang maha berat aku mengukir kata2 aku di malam hari ni... setiap yg berlaku ada sebabnya, setiap yg dilakukan ada tujuannya, setiap yg terjadi ada akibatnya... semuanya sedang bermain2 dlm kepala aku dikala hati terlalu berat untuk meluahkan, bibir kaku mengeluarkan kata2...

sayang itu tandanya setia, sayang itu tandanya bersama dikala susah senang... apa yg pasti sayang itu tiada tolok bandingnya, hanya sayang pada Tuhan yg dpt melawan... oleh kerana sayang yg teramat, aku telah membuat keputusan yg bagi aku tiada siapa dpt menampungnya, disaat bahu menggalas pelbagai tanggungjawab yg silih berganti bagai tiada penghujungnya ini.... keputusan itu bukanlah sembarangan, bukanlah kata2 bodoh, tapi keputusan yg aku harapkan dpt mengubah segala2nya...

dengan izin Tuhan segalanya mungkin,,, syukur hati aku telah diterangi oleh kata2 yg telah membuatkan kau terpana sejenak, kata2 yg penuh bisa itu telah membuatkan aku berfikir tanpa jemu... "duit boleh dicari, tetapi ilmu itu terlalu tinggi nilainya, ilmu itu terlalu bernilai dari wang ringgit, tidak ada yg lebih membanggakan didalam dunia ini apabila dpt sama2 berjihad mendidik anak hingga meniti menara gading" kata2 ini terlalu menikam2 jiwa, terlalu menusuk2 jiwa...

apa yg telah aku putuskan??? Alhamdulillah, aku masih mahu meneruskan perjalanan meniti menara gading itu sehingga aku rasakan aku telah cukup bersedia untuk mencurahkan ilmu itu pula kepada anak2 yg bakal lahir dimasa hadapan... InsyaAllah, aku memohon keizinan MU wahai Tuhan, KAU permudahkanlah segala urusanku, KAU terangilah akal dan jiwaku dengan cahaya keimanan, KAU tunjukkanlah kepadaku jalan yg utuh lagi benar... sesungguhnya, aku adalah hambaMU yg benar2 mengahrapkan hidayah dari MU YA ALLAH.... ampunilah segala dosa2 kedua ibubapaku, ampunilah dosa2 adik ku, ampunilah dosa2 ku, ampunilah dosa2 sahabatku, ampunilah dosa2 kaum keluargaku, ampunilah dosa2 seluruh umatMU... kami mengharapkan kebahagiaan dunia dan akhirat YA ALLAH... amin.

salam sayang
::AMNA LUNA::

0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Catat Ulasan