Rabu, 28 Julai 2010

::MaLaM iNi....::

salam,

bulan mengambang tandanya kita sudah dipenghujung bulan,,,, tak lama lagi kita akan berjumpa, berkasih semula dengan bulan yg penuh kemuliaan Bulan Ramadhan.... sesungguhnya hati sentiasa berdoa supaya ramadhan lebih lama dari kebiasaanya... kenapa??? hmmm sebab yg paling utama bulan ramadhan adalah bulan dimana ahlil kubur tidak akan diseksa, kubur mereka dilapangkan seluas2nya.... aku sentiasa menanti bulan ramadhan sebab aku tak nak arwah ayah dan arwah adik disiksa.... aku sentiasa berdoa agar mereka tidak diazab,,, (T_T)

sebab kedua, aku sentiasa ingat tarikh kematian arwah ayah 06.09.08 bersamaan dengan 6Ramadhan... ayah pergi meninggalkan kami di bulan yg penuh kemuliaan,,, itu mungkin bahagian ayah, perginya tenang dipagi hari, disaat dirinya sedang berpuasa... "ayah, kakak rindu ayah sgt2... kakak tak ada tempat mengadu... ayah jer yg paham kan..." aku ingat lagi pesan ayah "harta ayah ialah anak2 ayah, ayah simpan harta ni sampai akhir hayat ayah insyallah, tapi kalau ayah dah tak ada nanti harta ayah ini jgn berpisah antara satu sama lain, jgn bergaduh".....hmmm aku sedih sangat,,,, setiap hari setiap detik ingatan hanya pada mereka.... kenapa terlalu awal mereka pergi.... kenapa mesti aku,,,, itu hanya Tuhan sahaja yg mengetahuinya.....Qada' dan Qadar...... semua sudah tertulis....

sebab ketiga, tarawih.... hmmm kalau balik gombak memang aku bertarawih beramai2 dengan ahlil masjid... tapi kalau di shah alam, kekangan waktu dan belajar...... hmmmm tengoklah mcm mana nanti dpt ke tak aku bertarawih di shah alam.... job di bulan puasa sudah dtg, mcm mana nih,,,, wedding card la, gmbr la... mcm2 la.... hmmmmm tensi!!!!

sebab keempat, kerana bulan puasa la dpt mkn semeja dengan emak and family..... (^_^)

sebab kelima, sudah 2 tahun..... kami bermula pada 1ramadhan, juga dibulan penuh kemuliaan.... alhamdulillah kerana apa yg telah terjadi banyak mengajar aku lebih menghargai org di sekeliling aku... walaupun mereka tidak pernah menghargai, aku tak kisah... janji mereka tahu bahawa aku sentiasa mendoakan yg terbaik untuk mereka....

sebab lain,,, bulan ramadhan kan bulan melipat gandakan amalan,,, apa lagi jom la kita... (^_^)
malam ini penuh kedukaan, dan aku berharap Tuhan akan sentiasa menguji diri ini, sebab dengan dugaan yg silih berganti itu membuatkan aku sentiasa ingat pada ALLAH....

salam sayang
::AMNA LUNA::


0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Catat Ulasan